Luncur air di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Luncur air di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2021 di Pantai Tsurigasaki, Chiba. Perlawanan ini merupakan kemunculan sukan luncur air yang pertama dalam Sukan Olimpik Musim Panas. Hanya dua acara dipertandingkan iaitu papan pendek lelaki dan wanita melibatkan 40 peserta dari 18 negara.Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun telah ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Luncur air di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Tarikh 25–27 Julai 2021
Bil. acara 2
Pesaing 40 dari 18 negara
Tempat Pantai Tsurigasaki, Chiba